Pelaksanaan Wasiat
Sebagai Wasi, MyAngkasa Amanah Berhad akan melaksanakan pengurusan dan pembahagian harta pusaka berwasiat dengan cepat dan profesional.Fi perkhidmatan pelaksanaan wasiat adalah bergantung kepada fi perkhidmatan Pentadbiran Harta Pusaka. Kadar fi perkhidmatan harta pusaka adalah tertakluk kepada kadar fi semasa.
Tanggungjawab MyAngkasa Amanah Berhad sebagai Wasi
- Memohon Geran Probet di Mahkamah Tinggi
- Mengenalpasti harta dan hutang simati
- Melunaskan hutang dan memastikan cukai dibayar serta pemulangan cukai difailkan dengan teratur
- Membahagikan harta mengikut arahan yang diberikan dalam Wasiat (bagi yang bukan beragama Islam)
- Membahagikan harta mengikut Hukum Faraid kepada waris yang berhak dan benefisiari yang telah ditentukan oleh simati dalam dokumen Wasiat (bagi yang beragama Islam).
0 comments:
Post a Comment