Sunday, August 7, 2016

Apa itu Wasiat

Image result for wasiat

Apa itu Wasiat


Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.

Syarat-syarat

Wasiat Islam

  • Pembahagian harta boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka melalui faraid.
  • Hanya satu pertiga (1/3) daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwasiatkan. Dua pertiga (2/3) daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut Hukum Faraid.
  • Pewasiat boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga (1/3) sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.

Wasiat Bukan Islam

  • Pembahagian harta pusaka boleh dibuat melalui wasiat mengikut hasrat dan keinginan Pewasiat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
  • Tanpa dokumen Wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958.

Mudah, Cepat dan Berpatutan

MyAngkasa Amanah Berhad menyediakan perkhidmatan secara profesional dalam Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat. Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas atau bagi negeri Sabah, 21 tahun ke atas dan waras pemikiran boleh membuat Wasiat dengan kos perkhidmatan yang berpatutan.

Related Posts:

  • Penyimpanan Wasiat Penyimpanan Wasiat Wasiat perlu disimpan dengan selamat bagi menjamin tahap kerahsiaannya dan terhindar daripada pemalsuan serta pengubahan yang … Read More
  • Mengapa Wasiat Itu Penting Mengapa Wasiat itu penting Berwasiat merupakan suatu tindakan mulia untuk menzahirkan keinginan Pewasiat terhadap pembahagian harta yang dikumpul s… Read More
  • Pelaksanaan Wasiat Pelaksanaan Wasiat Sebagai Wasi, MyAngkasa Amanah Berhad akan melaksanakan pengurusan dan pembahagian harta pusaka berwasiat dengan cepat dan pro… Read More
  • Apa itu Wasiat Apa itu Wasiat Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasukla… Read More
  • Penulisan Wasiat Penulisan Wasiat MyAngkasa Amanah Berhad mempunyai kepakaran dalam Penulisan Wasiat mengikut undang-undang dan memenuhi keperluan syarak (bagi ya… Read More

0 comments:

Post a Comment