Tuesday, August 16, 2016

As-Salihin Trustee Berhad





As-Salihin ditubuhkan pada tahun 2004 untuk memenuhi keperluan umat Islam bagi memelihara, melindungi dan mengagih harta hasil titik peluh mereka supaya orang-orang yang tersayang akan beroleh manfaat apabila mereka sudah tiada lagi, matlamat as-Salihin, adalah untuk menyediakan perkhidmatan, berkaitan perancang harta, yang berdasarkan prinsip Syari’ah.


as-Salihin adalah syarikat amanah yang pertama di Malaysia yang fokus terhadap perancangan harta pusaka Islam.

MENGAPA PILIH KAMI?

1. Berkekalan/Berterusan


as-Salihin adalah sebuah syarikat amanah dan sebuah syarikat yang berterusan. Dengan kakitangan sepenuh masa, akan sentiasa memastikan kesinambungan dalam proses pentadbiran hingga pembahagian harta yang terakhir.

2. Bertanggungjawab dan adil


Tidak seperti pemegang amanah individu, as-Salihin sebagai badan yang dikawal oleh undang-undang mesti memastikan wang yang diamanahkan diurus, dijaga serta diagihkan dengan baik. Selain itu, sebagai badan korporat, as-Salihin bebas dan adil kepada semua benefisiari berbanding pemegang amanah individu yang mungkin mempunyai hubungan serta terikat dengan emosi terhadap benefisiari.

3. Professional dan Kemampuan


Dengan melantik as-Salihin , anda pasti berpuas hati dengan profesional dan kemampuan untuk menjalankan keseluruhan pentadbiran pada kos yang berpatutan.

4. Pengecualian daripada Bon Pentadbiran


Wasi adalah individu yang dilantik di dalam Wasiat untuk mengendalikan arahan dan kehendak Pewasiat. Sekiranya berwasiat, Bon Pentadbiran diperlukan jika tiada Wasi, di mana pentadbir akan dilantik dan diberi Surat Kuasa Mentadbir dengan Wasiat. Bon Pentadbiran diperlukan jika nilai kasar harta pusaka melebihi RM50,000 kecuali Syarikat Amanah dilantik sebagai Pentadbir. Sebagai Syarikat Amanah, as-Salihin dikecualikan daripada keperluan Bon Pentadbiran.

5. Proses undang-undang yang segera


Dengan melantik as-Salihin sebagai Wasi anda, proses undang-undang untuk mentadbir harta anda selepas kematian dapat dijalankan dalam masa yang singkat dan tiada pertelingkahan untuk melantik pentadbir harta.

6. Kemudahan


Di as-Salihin kami menyediakan perkhidmatan untuk kemudahan anda - Perancang Harta Islam kami bersiap sedia membantu anda pada bila-bila masa dan di tempat bersesuaian dengan anda.


Produk & Perkhidmatan


  • Wasiat
  • Wasi & Pentadbiran Harta Pusaka
  • Pentadbiran Harta Pusaka Tidak Berwasiat
  • Pri-Emas
  • Amanah
  • Deklarasi Harta Sepencarian
  • Pri-Hibah
  • Pri-Niaga
  • Wakaf
  • Penjagaan Harta Kanak-Kanak
  • Pri-Warisan

Related Posts:

  • Pengenalan PENGENALAN Celik Rancang Consultancy bertekad untuk menjadi peneraju yang professional terhadap penyelesaian isu-isu kewangan orang ramai melipu… Read More
  • Pasukan Kami Pasukan Kami En. Zulkifli bin Abd Galib Pengarah Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun di dalam kepelbagaian bidang  termasu… Read More
  • MyAngkasa Amanah Berhad MyAMANAH ANGKASA BERHAD akan menyediakan Pengurusan Perwarisan kepada rakyat Malaysia antaranya: Perancangan Perwarisan Wasiat Penulisan [… Read More
  • Misi dan Visi VISI Kami komited untuk menjadi syarikat peneraju yang menawarkan perkhidmatan professional dan kepelbagaian pilihan produk dikhususkan kepada bi… Read More
  • As-Salihin Trustee Berhad As-Salihin ditubuhkan pada tahun 2004 untuk memenuhi keperluan umat Islam bagi memelihara, melindungi dan mengagih harta hasil titik pel… Read More

0 comments:

Post a Comment